Kapten Melaka, Shukor Adan, percaya terhadap kemampuan barisan pemain sedia ada untuk menghadirkan satu keputusan positif ketika berdepan PJ City esok biarpun mereka kehilangan dua tonggak utama, Safiq Rahim dan Raimi Md Noor.
Skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu memburu kemenangan ke atas PJ City dalam usaha untuk mengejar kedudukan ketiga Liga Super, sekali gus memastikan objektif utama pasukan bagi musim 2019 tercapai.
"Kami harus menang mengatasi PJ City dan memastikan keputusan yang positif dalam empat baki perlawanan musim ini untuk menamatkan saingan di tempat ketiga liga," katanya.
Andai menamatkan saingan di tempat kedua yang akan membuka peluang buat Melaka layak ke saingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL), Shukor berpandangan ia bakal pencapaian terbaik mereka untuk beraksi di pentas Asia.
"Ia akan merupakan pencapaian terbaik buat pasukan Melaka. Bukan mudah untuk ke pusingan kelayakan ACL. Tetapi kami lebih mengutamakan baki perlawanan liga terlebih dahulu."
Pertahanan berusia 39 tahun itu mengakui PJ City mampu menjadi penghalang Melaka bagi meraih mata maksimum esok.
"PJ City berada di tahap terbaik. Kami tidak boleh mengambil mudah kerana mereka sentiasa menghadirkan tentangan yang sengit setiap kali turun beraksi," katanya lagi.