Skip to main content

Bola Sepak

Shukor sedia gantung but kalau sudah tidak laku

shukor-adan-2.jpg
"Saya akan bersara." Itu pengesahan ketua pasukan Felda United, Shukor Adan, mengenai masa depannya jika tidak mendapat tawaran mana-mana pasukan, termasuk daripada The Fighters, musim depan.

Shukor adalah antara pemain tertua yang beraksi dalam Liga Malaysia musim ini pada usia 39 tahun.

Berjaya membantu The Fighters kembali ke pentas Liga Super musim depan, hasratnya untuk meraih kejuaraan Piala Malaysia tidak kesampaian.

Skuad Felda United tewas 3-4 kepada Terengganu semalam dan terkandas di peringkat suku akhir dengan keputusan agregat 4-6.

Susulan daripada kegagalan itu, hala tuju Shukor selaku pemain berpengalaman jelas mencuri tumpuan.

"Kalau Felda tidak mahu sambung (kontrak saya) atau tiada pasukan yang berminat (dengan khidmat saya), maka saya akan umumkan persaraan. 

"Kalau ada pasukan yang masih menagih khidmat 'orang tua' ini, saya bersedia. 

"Umur bukan masalah tetapi komitmen dalam latihan dan perlawanan amat penting. 

"Kalau kita lihat, ramai pemain-pemain senior yang masih beraksi baik dalam Liga Super," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video