Andriy Shevchenko mendedahkan cita-citanya untuk mengendali AC Milan pada masa akan datang, namun memberikan sokongan kepada bekas rakan sepasukan, Gennaro Gattuso.
Shevchenko menjuarai Serie A dan Liga Juara-Juara (UCL) di samping beberapa gelaran ketika beraksi di Milan, di mana dia muncul penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman kelabnya itu.
Shevchenko, yang kini bertindak selaku penolong jurulatih skuad kebangsaan Ukraine, ingin mengikut jejak langkah Gattuso, Filippo Inzaghi dan Clarence Seedorf bertindak selaku pengurus Milan.
"Milan adalah kelab yang sudah sebahagian daripada hidup saya," kata Shevchenko.
"Bagaimanapun, saya mempunyai tugas bersama skuad kebangsaan Ukraine dan Gattuso sudah melakukan tugas yang baik.
"Mungkin satu hari nanti, giliran saya pula mengeendalikan Milan."
Gattuso kini berada di bawah tekanan dengan Milan menghuni tangga kelima dan bergelut untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara (UCL).