Manchester United akan kehilangan khidmat Luke Shaw dan Anthony Martial dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris dengan Southampton malam esok.
Kedua-dua pemain itu mengalami kecederaan ketika pasukan itu tewas 1-2 kepada Crystal Palace di Old Trafford minggu lalu dan akan diketepikan daripada perlawanan di Stadium St. Mary.
Shaw digantikan dengan Ashley Young selepas mengalami kecederaan paha dalam babak pertama dan walaupun penyerang, Anthony Martial, menamatkan aksi 90 minit, dia bergelut dengan kecederaan pinggul hingga ke hujung perlawanan.
United, dalam laman web rasminya, turut mengesahkan Diogo Dalot turut diketepikan daripada perlawanan itu sambil Eric Bailly dan Timothy Fosu-Mensah masih berada dalam senarai kecederaan jangka panjang.
Seorang lagi pemain yang tidak akan beraksi ialah Alexis Sanchez, yang sah menyertai Inter Milan melalui pinjaman jangka panjang.
Ia mengakibatkan pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer, terpaksa bergantung harap kepada Marcus Rashford dan pemain berusia 17 tahun, Mason Greenwood, di jentera serangan.
United meraih empat mata daripada empat perlawanan musim ini dan menduduki tangga kelima dalam carta liga.
Saksikan secara langsung perlawanan di antara The Red Devils dan Southampton di Rasta, TTDI, malam esok, bermula 6 petang hingga 9.30 malam, anjuran istimewa Stadiumastro dan Astro Awani.