Luke Shaw mengalami kecederaan di kepala ketika aksi persahabatan England berdepan Sepanyol dan akan kembali ke Manchester United hari ini selepas diumumkan oleh pihak Persatuan Bolasepak (FA).
Pemain berusia 23 tahun itu berlaga dengan Dani Carvajal dalam babak kedua ketika aksi Liga Negara-Negara UEFA di Wembley, awal pagi semalam, dan memerlukan rawatan susulan setelah terpaksa diusung meninggalkan padang sambil memakai alat bantuan pada bahagian leher serta topeng oksigen.
Selepas perlawanan tamat, Shaw membuat pengumuman menerusi laman Twitter peribadi, memberitahu bahawa dia dalam keadaan baik tetapi akan tetap dipantau sebelum kembali bersama kelab.
"Shaw kekal di St. George's Park semalam untuk berehat dan akan dipantau selepas mengalami kecederaan ketika menentang Sepanyol. Dia akan kembali ke United hari ini," kata wakil FA.
England akan berdepan Switzerland di Stadium King Power pada awal pagi Rabu ini, membuatkan dua pemain Leicester City, Ben Chillwell dan Demarai Gray, dipanggil untuk memperkuatkan pasukan bimbingan Gareth Southgate itu.
Situasi itu bermakna tiada pemain senior yang akan dipanggil memandangkan kedua-duanya dinaikkan daripada skuad bawah 21 tahun.