MANCHESTER UNITED 2 LEICESTER CITY 1
Gol sulung Luke Shaw untuk Manchester United ketika menewaskan Leicester City 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana di Old Trafford, awal pagi tadi, adalah yang terbaik sepanjang kerjaya pertahanan kiri itu.
Shaw sebelum ini berhempas-pulas dalam tempohnya di United, mengalami kecederaan serius, mempamerkan aksi tidak konsisten dan dibelenggu isu kecergasan.
Bekas pertahanan Southampton itu hanya membuat penampilan 11 kali dalam Liga Perdana musim lalu dan beberapa kali dikritik secara terbuka oleh pengurusnya, Jose Mourinho.
Bagaimanapun, selepas pra-musim yang baik, Shaw mempamerkan aksi berkesan dalam kemenangan 2-1 ke atas Leicester, menjaringkan gol pertama dalam kerjaya senior bola sepaknya apabila dia menyudahkan dari jarak dekat pada minit ke-83.
"Ini gol pertama saya dan ia begitu penting, tidak kira bagaimana saya menjaringkannya," kata Shaw kepada Sky Sports.
"Saya masuk dan saya berjaya mendapat bola dan meletakkannya di dalam jaring. Ini adalah satu perasaan terbaik sepanjang kerjaya saya.
"Saya bekerja keras sepanjang musim sebelum ini dan saya ada banyak masa untuk menterjemahkannya, dan melakukan apa yang saya perlu. Tadi, saya tahu saya boleh menjadi lebih baik dan itulah yang saya mahu terus tunjukkan kepada pengurus.
"Saya tidak mahu banyak bercakap selepas satu perlawanan tetapi saya mahu berada di sana dengan bek kiri terbaik di dunia.
"Saya mempunyai asas untuk melakukannya di sini dengan pengurus dan rakan sepasukan saya di Manchester United. Saya mahu bermain untuk England dan saya mahu terlibat semula.
"Saya tidak fikir saya bermain serta-merta dengan keupayaan menyerang saya musim lalu dan itu yang saya tahu."