Skip to main content

Bola Sepak

Shaw dalam keadaan baik selepas dirempuh Carvajal

lukeshaw-cropped_132vojlp44dpe1em6yptf67lyx.jpg
Luke Shaw mendedahkan dia berada dalam keadaan baik walaupun selepas diusung keluar dengan alat pendakap leher ketika England tewas 2-1 di tangan Sepanyol dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi tadi.

Pertahanan Manchester United itu bertembung dengan Dani Carvajal ketika awal babak kedua dan gagal untuk meneruskan permainan selepas menerima rawatan di atas padang selama tujuh minit.

Walaupun dia kelihatan mengalami kecederaan serius, dia dirawat oleh beberapa doktor di Wembley dan tidak dibawa ke hospital, sebelum membuat pengumuman mengenai status dirinya untuk memberi penjelasan kepada peminat-peminat yang risaukannya.

Dalam satu pesanan melalui laman Twitter, dia menulis: "Terima kasih di atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan. Saya berada dalam keadaan baik.

"Saya seorang pejuang dan akan kembali tidak lama lagi."

Advertisement

Must Watch Video