Luke Shaw bakal terlepas baki musim ini akibat kecederaan kaki ketika seri 1-1 dengan Swansea City, Ahad lalu, demikian pengesahan pengurus Manchester United, Jose Mourinho.
Pemain pertahanan England itu hanya sempat beraksi selama sembilan minit dalam pertemuan di Old Trafford itu, dengan Mourinho menyatakan selepas perlawanan itu bahawa dia menjangka Shaw mengalami kecederaan serius.
Shaw akan menjalani ujian lanjut mengenai tahap kecederaannya dan akan terlepas memainkan peranan dalam usaha United meraih tempat dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dan menjuarai Liga Europa.
"Luke Shaw akan tersisih bagi baki aksi musim ini," kata Mourinho menjelang aksi separuh akhir pertama Liga Europa menentang Celta Vigo, awal pagi esok.
"Ia jelas satu kecederaan serius tetapi kami masih menunggu pendapat kedua daripada jabatan perubatan untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan.
"Dia akan tersisih untuk musim ini, itu yang dapat disahkan."
Ia merupakan satu lagi kekecewaan kepada pemain berusia 21 tahun itu, yang mengalami mengalami musim tidak menentu selepas Mourinho secara terbuka mengkritik persembahan dan keinginannya untuk berjuang mengatasi kecederaan berterusannya.
Sementara itu, United mengesahkan Paul Pogba, Phil Jones, Chris Smalling dan Eric Bailly -- yang turut tercedera ketika berdepan Swansea -- telah turun berlatih, semalam.
"Bailly bersedia untuk beraksi. Dia adalah personaliti yang melawan setiap masalah melainkan jika ia adalah mustahil, dia akan bersedia untuk diturunkan," kata Mourinho.
"Smalling dan Jones kembali, begitu juga Pogba. Ia perkembangan penting untuk menghadapi Liga Europa, mereka kembali tepat pada masanya. Kami mempunyai dua perlawanan dalam tempoh seminggu menentang Celta, adalah penting untuk semua pemain kembali."
Juan Mata tidak disangka-sangka dinamakan antara pemain gantian ketika menentang Swansea selepas dia pada asalnya dianggap bakal terlepas baki musim ini akibat kecederaan pangkal paha.
Dan Mourinho berkata pemain perancang Sepanyol itu bersedia untuk diturunkan menentang Celta.
"Dia bersedia untuk beraksi. Dia mempunyai pengalaman. Dia adalah salah seorang daripada beberapa pemain yang bermain dalam perlawanan separuh akhir dan akhir Eropah, jadi ia bukan sesuatu yang baru bagi dia," kata pengurus berbangsa Portugis itu.
"Satu-satunya risiko adalah dia tidak mungkin boleh bermain sepanjang 90 minit. Itulah risikonya, jika dia bermain dalam kesebelasan utama, dia tidak menghabiskan permainan.
"Jika dia dimasukkan dari bangku simpanan, ia tidak akan menjadi masalah untuk dia, jadi dia akan disenaraikan dan boleh diturunkan."