Pertahanan Perak, Shahrul Saad, percaya pasukannya tetap mempunyai kemampuan untuk mengatasi PKNS di Shah Alam, Ahad ini, biarpun rekod The Bos Gaurus di gelanggang berkenaan tidak begitu baik musim ini.
Perak sudah dua kali berkunjung ke Shah Alam untuk berdepan Semut Merah musim ini dan tewas kedua-dua aksi berkenaan -- kecundang 1-2 dalam aksi suku akhir pertama Piala FA di samping kekalahan 1-4 dalam saingan Liga Super.
Begitupun, Shahrul percaya Perak akan tampil lebih baik kali ini selepas terikat tanpa jaringan dengan PKNS dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Ipoh, Selasa lalu.
"Kami sedar banyak kali dikecewakan di sana dan kami sudah belajar daripada aksi sebelum ini.
"Saya harap para pemain akan lebih fokus di Shah Alam nanti tetapi macam-macam boleh berlaku," katanya.
Ketiadaan Nasir Basharuddin akibat kecederaan menyaksikan Shahrul diberi tugas selaku kapten bagi pertemuan di Ipoh tempoh hari.
Menurutnya, lawan dijangka akan kekal dengan corak permainan lebih fizikal dalam aksi kedua hujung minggu ini tetapi skuad The Bos Gaurus itu sudah bersedia untuk mengatasi cabaran berkenaan.
"Bola sepak adalah sukan fizikal, kami mahukan kemenangan dan perlu memberikan yang terbaik di atas padang.
"Yang penting adalah komitmen pemain di atas padang.
"Saya berpuas hati dengan prestasi pertahanan.
"Kami akan buat yang terbaik untuk mara ke separuh akhir," katanya.