Skip to main content

Bola Sepak

Shahrul mahu Perak fokus berdepan JDT

perakjdt.jpg
Ketua pasukan Perak, Shahrul Saad, mengingatkan rakan sepasukan agar tidak terbawa-bawa dengan kejayaan mara ke final Piala FA dengan bangkit mengatasi Pahang 4-3 apabila bakal berdepan gergasi tempatan, Johor Darul Ta'zim (JDT) esok dalam usaha mengejar kedudukan kedua Liga Super.

Perak melakukan kebangkitan dramatik apabila membenam juara bertahan, Pahang, 3-0 dalam perlawanan peringkat kedua separuh akhir di Stadium Perak, Sabtu lalu untuk mara ke final Piala FA dengan agregat 4-3.

Kini, skuad kendalian Mehmet Durakovic itu beralih tumpuan kepada saingan Liga Super berdepan JDT.

Melaungkan amaran kepada rakan sepasukan supaya tidak terbawa-bawa dengan kejayaan ke final, Shahrul mahu skuad The Bos Gaurus memburu mata penuh berdepan juara liga itu.

"Ia merupakan impian Perak ke final tetapi kami perlu melupakannya dan beralih tumpuan kepada aksi liga berdepan JDT," katanya.

"Kami akan memberikan yang terbaik dan mengekalkan rekod kemenangan di Stadium Perak.

"Walaupun JDT telah muncul juara dan berkemungkinan menurunkan barisan kedua, kami tidak akan mengambil mudah dan mahu memastikan kemenangan diraih."

Advertisement

Must Watch Video