Skip to main content

Bola Sepak

Shahrel pasang hajat robek gawang Gergasi Merah

shahrel-fikri_1.jpg
Penyerang Perak, Shahrel Fikri Md Fauzi, bertekad untuk kekal menjadi watak pemusnah apabila sekali lagi bakal dipertaruhkan untuk aksi Liga Super menentang Selangor di Stadium Shah Alam, malam ini.

Shahrel sedang dalam prestasi terbaik selepas melakar gol dalam dua perlawanan berturut-turut, iaitu ketika dalam kempen Piala FA menentang Batu Dua FC, disusuli jaringan ke atas PKNS FC, Ahad lalu. 

Bagaimanapun, dengan hanya melakar satu kemenangan setakat ini, kemampuan sebenar The Bos Gaurus sukar diramalkan. 

"Saya sudah mendapatkan kembali sentuhan sebenar selepas berehat sebulan. 

"Kami akan bertemu Selangor yang masih segar dengan kemenangan ke atas Melaka United manakala kami pula ingin mencari kemenangan di tempat lawan selepas seri dengan PKNS (2-2).

"Selangor dalam momentum kemenangan dan kami tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menyerahkan mata penuh kepada mereka. 

"Ini perlawanan yang sukar buat Perak kerana akan bertandang ke tempat lawan. 

"Kemenangan ini akan membawa kami menghampiri kelompok lima pasukan terbaik," ujarnya. 

Shahrel turut memasang hajat untuk meneruskan momentum jaringannya, apatah lagi bertemu pasukan yang memiliki reputasi besar seperti Gergasi Merah. 

"Saya ingin menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.

"Selain faktor rezeki atas jaringan yang dilakukan, saya menganggapnya ia adalah hasil daripada usaha rakan sepasukan. 

"Saya memasang hajat besar untuk menjaringkan gol dalam setiap perlawanan," tambahnya. 
 

Advertisement

Must Watch Video