Dalam keadaan Gilmar Jose Da Silva Filho dan Norhakim Hassan mengalami kemarau jaringan, Perak berharap Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi mampu mengambil alih peranan selaku peledak utama apabila mereka bertemu PKNS FC di Stadium Perak, malam ini.
Harapan itu disuarakan oleh ketua jurulatih pasukan The Bos Gaurus (TBG), Mehmet Durakovic, berikutan kejayaan Shahrel atau Eky melakukan tindakan pemusnah dalam pertemuan
Piala FA dengan Negeri Sembilan di Ipoh, Rabu lalu.
Perak menang 2-0 dengan satu lagi gol dijaringkan oleh bek kiri, Nazirul Naim Che Hashim.
"Saya menyandarkan harapan kepada Shahrel untuk menghasilkan jaringan kami.
"Ketika ini dialah pertaruhan terbaik saya untuk menjadi pembidik gol ketika penyerang lain mengalami kebuntuan," kata Durakovic.
Jurulatih dari Australia itu mengakui tidak selesa dengan kepincangan yang menimpa pasukan itu dalam enam perlawanan setakat ini.
Perak, yang bermain kurang satu perlawanan daripada pasukan lain, mengutip tujuh mata hasil satu kemenangan, empat seri dan tumpas sekali setakat ini.
"Tiada masalah daripada segi persembahan, cuma ketumpulan jentera serangan merugikan kami.
"Jika menang empat perlawanan itu, kami tidak akan berada pada kedudukan sekarang," tambahnya.
Justeru, Durakovic berharap anak buahnya menyempurnakan peluang diperoleh sebaik mungkin agar Perak tidak terus kerugian.
Beliau turut mengingatkan pemain TBG tentang skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu yang 'liat' bila berhadapan Perak.