Demi kerjaya bola sepaknya, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi atau Eki digesa kembali ke pangkuan PKNP FC.
Ini kerana pemain itu jelas tenggelam bersama pasukan Perak dan tampak hanyut dalam permainan.
Pemain berbakat besar itu setakat ini tidak dapat membawa watak selaku pemain utama di bawah bimbingan Mehmet Durakovic.
Justeru, peminat menasihatkan Shahrel Fikri kembali ke pangkuan PKNP FC di mana dia selesa bersama rakan lama serta jurulatih, Abu Bakar Fadzim.
Eki adalah permata PKNP FC yang menyertai Perak musim ini selepas kembali daripada menimba pengalaman bersama kelab Thailand, Nakhon Ratchasima, secara pinjaman selama lima bulan.
"Demi masa depan dan kerjayanya, Shahrel elok balik ke PKNP FC.
"Dia tidak sesuai dengan corak Perak. Kasihan dia terkial-kial mencari rentak semasa perlawanan," kata seorang peminat.
Menurutnya, masih ada ruang untuk membawa pulang Eki sebelum tarikh tutup jendela perpindahan .
"Saya berharap pengurusan PKNP berusaha membawa pulang pemain itu agar dapat membantu pasukan.
"Kebetulan PKNP memerlukan khidmat seorang penyerang. Jadi, kepulangan Eki mampu menjadi jawapan kepada masalah ketumpulan jentera serangan pasukan itu," katanya.