Skip to main content

Bola Sepak

Shahrel Fikri cedera paha

shahrel-fikir.jpg
Masalah kecederaan terus membelenggu skuad negara dengan yang terbaru, Shahrel Fikri Md. Fauzi dilaporkan mengalami kecederaan paha dalam sesi latihan semalam.

Ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, mengesahkan penyerang itu tidak dapat menjalani latihan penuh hari ini dan akan menyertai Nor Azam Azih dan J. Partiban untuk menjalani proses pemulihan.

"Shahrel Fikri pemain terbaru (dalam senarai kecederaan).

"Dia mengalami kecederaan paha dan tidak dapat meneruskan latihan.

"Sekali lagi, kami perlu memantau tahap kecederaannya untuk melihat sama ada dia boleh diturunkan atau sebaliknya," kata Cheng Hoe.

Jelas pengendali itu, dia pernah berdepan krisis kecederaan lebih buruk ketika bertindak selaku pembantu kepada Datuk K. Rajagobal sebelum ini.

Justeru, dia tidak mahu kekurangan itu menjadi halangan untuk Malaysia memburu keputusan positif menjelang perlawanan menentang Vietnam dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 di Hanoi minggu depan.

"Itu adalah tugas jurulatih, kami perlu mencari alternatif dan pilihan terbaik terhadap pemain yang akan diturunkan.

"Pada masa sama, inilah peluang terbaik buat pemain yang tidak berpeluang sebelum ini.

"Mereka perlu membuktikan yang mereka layak untuk bersama pasukan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video