Quique Setien menegaskan skuad Barcelona yang semakin berkurangan memiliki kualiti yang secukupnya untuk meneruskan saingan sehingga tamat musim ini.
Barca membenarkan empat pemain meninggalkna Nou Camp ketika jendela perpindahan bulan lalu, dengan Moussa Wague, Jean-Clair Todibo, Carles Perez dan Carles Alena meninggalkan pasukan secara pinjaman.
Juara Sepanyol itu turut mengumumkan penyertaan pemain tengah Brazil, Matheus Fernandes, dan penyerang Portugal, Francisco Trincao ,tetapi mereka tidak akan bersama pasukan sehingga tamat musim 2019-2020.
Barca menerima kunjungan Levante hari ini dan Setien tidak bimbang dengan bilangan pemain yang dimiliki dalam sasaran untuk mempertahankan gelaran Laliga dan memenangi Liga Juara-Juara (UCL) buat kali pertama sejak 2015.
"Kami memiliki pemain yang sedikit tetapi kami mempunyai barisan pemain daripada skuad B dan pemain-pemain muda itu sudah bersedia untuk beraksi. Sebilangan daripada mereka telah menyertai latihan skuad utama dan saya pasti mereka akan membantu pasukan ketika kami memerlukannya.
"Anda mungkin berasakan pasukan semakin lemah tetapi anda tidak tahu mengenai perkara itu. Kadang-kadang perkara boleh berubah secara berbeza. Anda boleh teka apa yang bakal berlaku tetapi saya tidak mahu menghabiskan tenaga anda semua," katanya.
Ditanya sama ada beliau lebih gemar beroperasi dengan skuad yang lebih kecil, Setien berkata, "Apa yang mengecewakan saya dan sentiasa dilakukan adalah memilih pasukan dan meninggalkan beberapa pemain.
"Terdapat risiko tetapi lebih baik untuk memiliki skuad yang lebih kecil. Setiap pemain berpeluang untuk beraksi, mereka sudah bersedia dan lebih bermotivasi.
"Memiliki 18 pemain lebih baik berbanding 25 atau 26 yang tidak beraksi. Ia mampu mencetuskan lebih banyak masalah berbanding memiliki skuad kecil."
Barca akan meneruskan saingan dalam UCL bulan ini dengan berdepan Napoli dalam pusingan 16.
Walaupun memiliki pemain yang kurang, Setien pasti akan melakukan pertukaran pemain dalam perlawanan itu nanti.
"Jika saya salah satu daripada pasukan lawan, saya tidak akan mengetepikan ancaman Barca. Ya, anda sentiasa perlu mengharungi hari yang mengecewakan. Daripada enam atau lapan calon, hanya satu yang bakal memenanginya.
"Saya yakin kami akan turut berusaha mengejar gelaran tersebut. Kami memiliki peluang yang sama seperti gergasi Eropah yang lain."
Editor: Ammar Hakim