Skip to main content

Bola Sepak

Setien: Peluang Barcelona belum tertutup

barca-real.jpg
Pengendali Barcelona, Quique Setien, menegaskan masih ada ruang untuk mencabar kejuaraan LaLiga walaupun selepas pasukannya melepaskan kedudukan teratas susulan kekalahan 2-0 dalam pertemuan El Clasico di tangan Real Madrid, awal pagi tadi.

Vinicius Junior dan Mariano iaz meledakkan gol dalam babak kedua untuk mengesahkan kemenangan Los Blancos di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

Real kini memiliki kelebihan satu mata susulan kemenangan itu tetapi Setien berkata masih banyak perlawanan yang bakal dihadapi.

"Minggu lalu, kami memiliki kelebihan dua mata. Kini, giliran mereka mendahului satu mata. Masih banyak ruang dan perebutan kejuaraan liga ini belum tamat," katanya.

"Ia kekalahan yang sukar kerana perlawanan ini memberi kesan kepada anda tetapi kami mampu pulih.

"Terdapat perkara positif yang boleh diperbaiki dan kami akan kenal pasti kekurangan pasukan."

Kekalahan itu menamatkan rentetan empat kemenangan berturut-turut diraih Barca yang kini sembilan mata mengatasi kedudukan ketiga liga.

Setien juga teruja dengan persembahan pasukannya dalam babak awal El Clasico tetapi berpendapat mereka tewas akibat prestasi dalam separuh masa kedua.

"Saya fikir kami meraih babak pertama yang baik tetapi lawan lebih bagus selepas rehat," tambahnya.

"Kami memulakan separuh masa kedua dengan baik dan mampu mengawalnya tetapi lawan mula menghukum selepas kami tidak mencipta ketepatan."
 

Advertisement

Must Watch Video