Pep Guardiola menjelaskan Manchester City menganggap setiap perlawanan bagaikan perlawanan kalah mati dalam usaha mereka memastikan gelaran berganda, Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara (UCL).
City mendahului Liverpool dengan satu mata di puncak EPL tatkala saingan berbaki enam perlawanan menjelang pertembungan dengan Watford di Stadium Etihad, malam ini.
Mereka juga akan mempunyai kelebihan di tempat sendiri untuk pertemuan pertama separuh akhir UCL menentang pendahulu LaLiga, Real Madrid, Rabu depan.
Harapan City untuk memenangi tiga gelaran musnah selepas tewas 2-3 di tangan Liverpool dalam separuh akhir Piala FA di Wembley hujung minggu lalu, tetapi mereka masih berpeluang mempertahankan EPL dan menggondol trofi UCL.
Guardiola sedar mereka tidak boleh melakukan sebarang kesilapan sekiranya ingin mengecapi lebih banyak gelaran.
Ditanya sama ada mereka sudah menanam dalam pemikiran bahawa setiap perlawanan adalah kalah mati, pengurus City itu memberitahu wartawan: "Sudah tentu. Kami tidak boleh keciciran mata, tetapi begitu juga Liverpool.
"Pemain tahu kami pernah berada dalam situasi seperti ini sebelum ini. Kami akan berada dalam satu lagi perlawanan akhir iaitu menentang Brighton. Jika kami menang maka kami mempunyai peluang untuk menikmati aksi selebihnya.
"Kami cuba memulihkan pemain yang tercedera, segar dalam fikiran.
"Sesudah perlawanan ini, ada satu lagi aksi yang menanti dalam tempoh tiga hari lagi iaitu UCL. Kemudian Leeds. Jadi kami perlu berasa segar, berehat, bersedia untuk menghadapi perlawanan."

This weekend's #AstroEPL action includes Arsenal vs Manchester United, Merseyside Derby, South Coast Derby and two London derbies!
— Stadium Astro ? (@stadiumastro) April 22, 2022
Stream LIVE on @AstroGOmy: https://t.co/LB6Yrfd5yr pic.twitter.com/Rpk6Xoy7k2
Ditanya sama ada mereka sudah menanam dalam pemikiran bahawa setiap perlawanan adalah kalah mati, pengurus City itu memberitahu wartawan: "Sudah tentu. Kami tidak boleh keciciran mata, tetapi begitu juga Liverpool.
"Pemain tahu kami pernah berada dalam situasi seperti ini sebelum ini. Kami akan berada dalam satu lagi perlawanan akhir iaitu menentang Brighton. Jika kami menang maka kami mempunyai peluang untuk menikmati aksi selebihnya.
"Kami cuba memulihkan pemain yang tercedera, segar dalam fikiran.
"Sesudah perlawanan ini, ada satu lagi aksi yang menanti dalam tempoh tiga hari lagi iaitu UCL. Kemudian Leeds. Jadi kami perlu berasa segar, berehat, bersedia untuk menghadapi perlawanan."
Fun in the sun! ☀️#ManCity pic.twitter.com/ag3youH8Yw
— Manchester City (@ManCity) April 21, 2022