Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Setiap kemenangan Sepanyol untuk Enrique -- Ramos

ramosenrique.jpg
Sergio Ramos memberitahu Luis Enrique bahawa setiap kemenangan Sepanyol akan menjadi miliknya selepas bekas pengendali Barcelona itu meletak jawatan sebagai ketua jurulatih skuad La Roja.

Selepas gagal bersama skuad Sepanyol sejak Mac lalu atas alasan peribadi, Persekutuan Bolasepak Diraja Sepanyol (RFEF) mengesahkan semalam bahawa Luis Enrique telah menamatkan khidmatnya bersama La Roja.

Robert Moreno telah memimpin pasukan sejak tiga perlawanan lalu dalam ketiadaan Enrique dan bekas penolong itu akan kekal berkhidmat sehingga tamat Euro 2020.

Kapten Sepanyol, Ramos -- yang menegaskan seluruh pasukan kekal meletakkan kepercayaan kepada Enrique -- menawarkan sokongan penuh kepada bekas pengendali itu.

"Setiap kemenangan skuad kebangsaan akan menjadi miliki anda, jurulatih," kata Ramos menerusi laman Twitter. "Semua sokongan dan galakan kami untuk anda."
 

Advertisement

Must Watch Video