Juan Mata menggesa Manchester United untuk menghadapi kesemua baki perlawanan mereka sebagai perlawanan akhir demi melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara, musim depan.
United mencatat keputusan seri 1-1 dengan Swansea City sehingga terlepas peluang untuk memintas Manchester City yang juga kehilangan mata di Middlesbrough.
Anak buah Jose Mourinho itu juga memiliki peluang untuk layak ke Liga Juara-Juara dengan memenangi Liga Europa, apabila bakal mengunjungi Celta Vigo untuk perlawanan separuh akhir pertama, awal pagi Jumaat nanti.
Mata menjangkakan Celta akan menjadi ujian sukar buat United walaupun mereka menjadi pasukan pilihan untuk menempah tempat dalam perlawanan akhir pada 24 Mei nanti.
"Dua cabaran besar menanti kami minggu ini," kata Mata dalam blog mingguannya dalam laman sesawang United. "Pertama sekali, kami perlu berkunjung ke Celta dalam Liga Europa.
"Saya boleh katakan tanpa membesar-besarkannya bahawa mereka adalah salah sebuah pasukan yang menampilkan corak menarik di Sepanyol dan bukan sahaja dalam musim ini.
"Kembali ke Sepanyol adalah sesuatu yang istimewa tetapi dalam masa yang sama, kami berdepan tugas sukar. Kami perlu menampilkan aksi terbaik untuk mengalahkan mereka.
"Beberapa hari selepas itu, kami akan berdepan perlawanan getir menentang Arsenal di tempat lawan dengan tiga mata utama dipertaruhkan. Bermula dari sekarang, setiap perlawanan adalah perlawanan akhir bagi kami, itulah cara kami menghadapinya."
Mata membuat kejutan apabila kembali lebih awal daripada kecederaan pangkal paha apabila berada di bangku simpanan ketika menentang Swansea City, dan pemain antarabangsa Sepanyol itu gembira untuk kembali biarpun United mencatat keputusan seri ke-10 liga di Old Trafford, musim ini.
"Berkaitan dengan pemulihan saya, saya sangat gembira dan tidak sabar untuk membantu pasukan dalam detik penting musim ini.
"Saya ingin menikmati aksi di atas padang dan diharapkan, menjulang trofi lagi."