Liverpool tidak mungkin dapat beraksi lebih baik dalam babak kedua daripada aksi yang ditonjolkan dalam kekalahan 0-3 di Barcelona, kata pengurus The Reds, Jurgen Klopp.
Klopp menganggap kunjungan pasukannya ke Newcastle United untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), hujung minggu, kini lebih penting daripada perlawanan timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL), minggu depan.
The Reds ketinggalan 0-1 dalam separuh masa pertama aksi di Camp Nou, awal pagi tadi, selepas dihukum jaringan Luis Suarez.
Pemain antarabangsa Uruguay itu membuktikan sentuhannya masih berbisa yang pada suatu ketika pernah menggembirakan The Kop yang menyaksikannya menyempurnakan hantaran rendah Jordi Alba untuk melepasi gawang yang dikawal Alisson Becker, seterusnya memberikan Blaugrana gol pendahuluan pada minit ke-26 sebelum Liverpool mensia-siakan beberapa peluang terbuka untuk menyamakan kedudukan.
Mereka dihukum lagi selepas rehat apabila Lionel Messi memanfaatkan percubaan awal Suarez yang melantun daripada palang dan tujuh minit berselang, dia meledak sepakan percuma dari jarak 30 ela.
Klopp memberitahu BT Sport: "Ketika ketinggalan 0-1, kebiasaannya ia bukanlah masalah besar dan itulah sebabnya selepas menganalisis babak pertama, saya mengarahkan barisan pemain supaya meningkatkan aksi dan berpesan tentang apa yang mereka perlu lakukan.
"Kemudian, perlawanan berlangsung sebagaimana yang kami hajati. Secara jujurnya, saya tidak tahu sama ada kami boleh beraksi dengan lebih baik lagi.
"Inilah bola sepak. Ia tentang soal menjaringkan gol dan mereka mencetak tiga gol manakala kami tiada gol tetapi kami mempamerkan prestasi yang sangat baik.
"Apabila berdepan Barcelona, beberapa detik sahaja sudah cukup untuk mereka mencipta peluang. Itulah bola sepak, tidak semestinya kami akan mendapat pulangannya. Kami hanya meraih keputusan yang sukar dan kami perlu menelan hakikatnya."
Liverpool perlu mengelak kekalahan di St James' Park, Sabtu ini, bagi menghalang Manchester City daripada mengesahkan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), dua hari kemudian.
Justeru, Klopp berkata perlawanan itu akan menjadi keutamaan dalam usaha mereka memburu gelaran liga dalam tempoh 29 tahun.
Bercakap mengenai jaringan Messi yang meninggalkan tugas berat buat Liverpool di Anfield, Rabu depan, Klopp berkata: "Tendangan itu jelas tidak dapat dielakkan, maka kami perlu bangkit ketika bertandang ke Newcastle.
"Benar, tiada suasana pesta di bilik persalinan tetapi saya memberitahu pemain supaya terus berjuang.
"Perlawanan ini telah berakhir dan apa yang saya katakan tidak akan mengubah keputusannya. Itulah yang perlu kita telan.
"Kami menyukarkan diri sendiri atas keputusan itu tetapi kami belum lagi memikirkan soal perlawanan timbal balik.
"Dalam tiga hari lagi, kami akan menentang Newcastle dan itu lebih penting," katanya lagi.