Arjen Robben berkata langkahnya meninggalkan Real Madrid untuk ke Bayern Munich adalah keputusan terbaik dalam kariernya.
Pemain sayap berusia 34 tahun itu, yang mengambil keputusan bersara daripada saingan antarabangsa tahun lalu, kini bercadang untuk membincangkan mengenai masa depan di peringkat kelab sebelum bersetuju melanjutkan kontrak setahun lagi di Allianz Arena.
Robben terkenal dengan kebolehan menggelecek bola dan menyukarkan pertahanan lawan dalam kotak penalti.
Bercakap kepada laman rasmi Bayern, pemain kelahiran Belanda itu dijangka akan terus beraksi bersama gergasi Jerman itu.
"Saya mungkin kekal bersama pasukan. Tetapi saya perlu menyedari saingan bola sepak semakin sukar dan perubahan berlaku setiap tahun.
"Selepas tampil dalam aksi utama ketika bersama Eindhoven, saya telah mengambil langkah besar untuk berhijrah ketika berusia 18 tahun.
"Saya menyertai Chelsea pada usia 20 tahun. Dua tahun kemudian bersama Real, kemudian Bayern menawarkan tempat kepada saya.
"Saya ragu-ragu pada awalnya,. tidak mengetahui ia adalah satu keputusan tepat ataupun sebaliknya. Tetapi hari ini, saya boleh menyatakan ia adalah keputusan terbaik dalam karier saya."
Robben telah menjuarai tujuh gelaran Bundesliga dan satu gelaran Liga Juara-Juara (UCL) bersama Bayern.