SAMPODRIA 0 INTER 0
Simone Inzaghi mengakui kedudukan pendahulu Serie A, Napoli, sudah tidak mampu dihambat oleh Inter lagi apabila menyatakan kekesalan terhadap sentuhan penyudah anak buahnya di Sampdoria.
Inter mengekori Napoli dengan perbezaan 15 mata selepas terikat tanpa jaringan dengan kelab bergelut itu di Stadium Luigi Ferraris, awal pagi tadi.
Nerazzurri melancarkan 25 percubaan dalam perlawanan berat sebelah itu untuk pertama kalinya Inter merekodkan percubaan tanpa menghasilkan sebarang gol dalam perlawanan Serie A sejak Februari 2022 (29 percubaan dirakamkan ketika menghadapi Sassuolo di tempat sendiri).
Pasukan kendalian Inzaghi itu gagal mencetak sebarang gol dalam dua daripada empat perlawanan terakhir Serie A.
Maka tidak hairanlah mengapa pengurus itu terpaksa akur berputih mata gara-gara ketumpulan di jentera serangan.
“Ia perkara biasa untuk kecewa, kami mahukan satu lagi keputusan memberangsangkan, kami sama sekali tidak memandang rendah perlawanan ini,” katanya kepada DAZN.
“Kami menyajikan babak pertama yang menarik, kurang berkesan dalam separuh masa kedua.
"Terdapat banyak peluang dicipta ketika kami menentang sebuah pasukan yang mengerahkan segala kudrat di atas padang. Kami perlu memanfaatkannya sebaik mungkin.
"Timbul kekesalan di pihak kami memandangkan pemain telah memperagakan taktikal yang tepat, bermain seperti yang kami rancangkan.

"Kami harus lebih tenang dan memanfaatkan peluang dengan lebih baik."
Apabila ditanya adakah kedudukan Napoli mungkin sudah tidak dapat dikejar, Inzaghi menjawab: "Sudah tentu begitu tetapi kami hanya perlu melihat kemajuan sendiri.
"Kami turun berbekalkan tiga kemenangan berturut-turut dan malam ini kami mahu mencapai keputusan berbeza.
"Terdapat banyak kepahitan yang terpaksa ditelan berbanding kadar yang sepatutnya."