Skip to main content

Bola Sepak

Serie A: Inzaghi kecewa VAR tidak menyebelahi Inter

inter-lautaro.jpg
MONZA 2 INTER 2 

Simone Inzaghi berang jaringan ketiga Inter dibatalkan sebelum melepaskan gol penyamaan pada lewat perlawanan ketika seri 2-2 di Monza, awal pagi tadi. 


Selepas gol pembukaan awal Matteo Darmian diikat oleh Patrick Ciurria, Lautaro Martinez menghukum kesilapan Pablo Mari untuk meletakkan Inter kembali di hadapan dan berada di landasan kemenangan.

Tetapi ketika di kedudukan 2-1 itu, pengadil, Juan Luca Sacchi, mengesan Francesco Acerbi bahawa terlebih dahulu menolak Roberto Gagliardini dalam jaringan yang terhasil daripada sepakan percuma.

Dengan gol itu berpotensi membunuh perlawanan, sebaliknya Inter mengalami dikejutkan dengan jaringan Luca Caldirola pada minit ke-93, sekali gus meragut kemenangan keempat berturut-turut Nerazzurri dalam Serie A. 

 
Justeru, Inzaghi berang dengan tindakan pengadil itu sambil percaya tiupan wisel pengadil menyebabkan pasukannya tercicir mata berharga, seterusnya terlepas peluang untuk menghambat pendahulu, Napoli, yang kini berkelebihan lima mata sebelum ke Sampdoria, tengah malam ini. 

"Saya amat marah dengan apa yang saya lihat," katanya selepas perlawanan kepada pemberita. 

“Malangnya, selepas lima tahun VAR (video bantuan pengadil) diperkenalkan, kesilapan seperti ini menghukum kami.

"Satu kesilapan yang jelas terhadap jaringan Acerbi, terdapat dua pemain Monza yang terjatuh di antara mereka. Keputusan ini menjadi kekecewaan besar di pihak kami.

"Saya mahu memuji rakan sejawatan, Raffaele Palladino, tetapi tanpa kesilapan seperti ini kami akan memenangi perlawanan ini."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video