Skip to main content

Bola Sepak

Serie A : Inter Milan sedia tawar Illan Meslier perkuat kesebelasan utama

1679319194460_ec4c9bf1-2c2c-4172-aebe-b1bad56294e6.jpg
Inter Milan dilaporkan bersedia untuk menawarkan Illan Meslier dalam kesebelasan utama untuk sertai kelab itu biarpun diteropong skuad Bayern Munich dalam waktu yang sama.

Penjaga gol Perancis itu pamer aksi cemerlang buat Leeds United sejak menyertai kelab itu pada 2020 dengan nilai 5 juta pound seperti yang dilaporkan.

Walaupun Leeds tersingkir ke Liga Kejuaraan musim lalu, prestasi pemain berusia 23 tahun itu tidak goyah sama sekali malah berhasrat untuk kembali naik ke Liga Perdana di bawah kendalian Daniel Farke.

Bagaimanapun, menurut laporan dari Sport.FR, beberapa kelab tampak berminat mendapatkan khidmatnya termasuklah pasukan gergasi Bayern Munich dan Inter Milan.

Laporan itu menyatakan bahawa kelab Itali itu sedang mempertimbangkan tawaran kesebelasan utama di San Siro.

"Dengan Bayern Munich juga memantaunya, Inter Milan sedang mempertimbangkan untuk menawarkannya kedudukan permulaan dalam pasukan." kenyataan laporan.

Dengan Manuel Neuer kini dalam kesebelasan utama di Bayern, Meslier mungkin tergoda dengan tawaran bola sepak pasukan utama di Itali.

Penjaga gol kini jadi topik utama bualan ketika ini susulan banyak kelab sedang mencari penjaga gol baru.

Dalam pada itu, kehilangan pemain berusia 23 tahun itu turut bakal merugikan pasukan Farke kerana mereka kini di kedudukan ketiga Liga Kejuaraan, masih jauh perjalanan untuk mencabar tempat kedua dengan beza 7 mata.
 

Advertisement

Must Watch Video