Skip to main content

Bola Sepak

Serie A: Inter jauh lebih handal daripada Napoli

inter-milan.jpg
INTER 3 NAPOLI 0 

Inter Milan kembali ke puncak Serie A dengan gaya meyakinkan menerusi kemenangan 3-0 ke atas juara bertahan, Napoli.


Skuad kendalian Simone Inzaghi itu kehilangan kedudukan sebagai peneraju berikutan kemenangan ke atas Juventus di Monza sebelum Inter membuktikan kewibawaan mereka menerusi jaringan pendahuluan Hakan Calhanoglu.

Nicolo Barella menggandakan pendahuluan Inter sejurus sejam permainan dan Marcus Thuram memuktamadkan tiga mata mereka ketika permainan berbaki lima minit.

Kemenangan itu menjadikan Inter unggul dua mata di depan Juventus dan 11 mata mengatasi Napoli yang sekadar memungut tujuh mata daripada kemungkinan 21 mata di laman sendiri.

Walter Mazzarri memilih untuk tidak bercakap selepas kekalahan buruk itu awal pagi sementara Pengarah Napoli, Mauro Meluso, meluahkan rasa tidak puas hati dengan prestasi pengadil dan bantuan video pengadil (VAR).

“Mazzarri memilih untuk tidak tampil di sini kerana kami menagih khidmatnya di bangku simpanan dan oleh itu kami mahu mengelak dia mengeluarkan ulasan tertentu yang boleh mencetuskan masalah.

 


“Kami berasa sangat tidak berpuas hati dan peminat kami tidak layak menerima layanan seperti ini. Rasanya pengadil dan VAR berehat hari ini, sudah tentu kejadian ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

“Gol pertama membuatkan kami tersentak kerana jelas sekali sebelum ini berlaku kekasaran yang jelas terhadap Lobotka. 

"Ia sepatutnya memerlukan campur tangan segera daripada pengadil walaupun tanpa bantuan daripada VAR memandangkan insiden ini sangat jelas."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video