Skip to main content

Bola Sepak

Seri dengan Cadiz lebih sadis berbanding tewas kepada PSG -- Koeman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronaldkoeman.png
Ronald Koeman menyifatkan kegagalan Barcelona mengatasi Cadiz lebih mengecekan berbanding tewas dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) di tangan Paris Saint-Germain (PSG).

Kekalahan Barca 4-1 di laman sendiri kepada PSG dalam pusingan 16 UCL Rabu lalu diikuti keputusan seri 1-1 dengan Cadiz.

Lionel Messi menyerikan perlawanan ke-506 LaLiga buat kelab dengan jaringan pada minit ke-32, tetapi Alex Fernandez menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti selepas Clement Lenglet menjatuhkan Ruben Sobrino.

Seri bermaksa Barca terlepas peluang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Atletico Madrid, yang tewas kepada Levante semalam.

"Ia amat mengecewakan," kata Koeman. "Perlawanan sebegini seharusnya menang tetapi kami gagal.

"Ini adalah peluang terbaik setelah Atletico tewas.

"Kami tidak boleh kehilangan mata, saya tidak berminat untuk menyalahkan mana-mana pemain tetapi kami kurang menyengat ketika menyerang.
 

"Kelebihan kami tidak cukup dan mereka berjaya menyamakan kedudukan, itu yang telah berlaku. Anda telah membuka peluang buat lawan mendapatkan seri.

"Sukar mencipta peluang kerana mereka bertahan dan tidak memberikan ruang. Kami kurang idea ketika menyerang."

Barcelona gagal mengelak daripada dibolosi dalam lapan perlawanan berturut-turut buat pertama kali sejak 2015.

Advertisement

Must Watch Video