Kerapuhan benteng merisaukan Perak apabila turun menentang PKNP FC di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam ini.
"Penyudah dah mula tajam, benteng pula buat hal.
"Harap apa yang berlaku di Cheras (Selasa lalu) tidak berulang malam ini, " kata ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic.
Menurut jurulatih itu, kesilapan benteng menyaksikan Kuala Lumpur yang ketinggalan 1-2 pada satu ketika, kemudian mendahului 3-2 sehinggalah gol penyamaan Nor Hakim Hassan.
Durakovic menjelaskan Perak belum pernah dibolosi lebih daripada dua gol dalam perlawanan-perlawanan terdahulu dan beliau seperti tidak percaya dengan cara Perak dibolosi.
Dalam perlawanan yang berkesudahan 3-3 itu, Perak memperoleh jaringan melalui sepakan penalti Leandro Dos Santos dan Nor Hakim manakala satu lagi gol sumbangan pemain Kuala Lumpur sendiri.
Bagaimanapun, kesilapan benteng menyaksikan Kuala Lumpur bangkit untuk mendahului 3-2 pada satu ketika sebelum Nor Hakim menyelamatkan keadaan.
Menurut Durakovic, Perak menguasai permainan dan banyak mencipta peluang dan beliau berharap ia dapat diteruskan malam ini.
Perak bagaimanapun tidak dapat menggunakan khidmat dua tonggak benteng, Nazirul Naim Che Hashim dan Amirul Azhan Aznan ekoran penggantungan.
Nazirul diperintah keluar padang kerana mengutip dua kad kuning manakala Azhan mengumpul kad kuning ketiga di Cheras.
Jurulatih itu menjangkakan laluan sukar buat Perak kerana PKNP FC bukan calang-calang pasukan.