Skip to main content

Bola Sepak

Serangan balas Juve tidak cukup -- Allegri

ronaldo.jpg
AJAX 1 JUVENTUS 1

Massimiliano Allegri percaya usaha barisan pemain Juventus belum memadai untuk menghukum Ajax apabila mereka diikat 1-1 dalam aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.


Permainan pendahulu Serie A itu tenggelam dalam separuh masa pertama tetapi memecah kebuntuan sebelum menuju waktu rehat menerusi tandukan Cristiano Ronaldo.

Mereka terperangkap dalam awal babak kedua selepas David Neres menyamakan kedudukan buat Ajax.

Allegri mengakui bahawa pasukannya gagal memberikan aksi terbaik sambil meluahkan betapa dia lebih gemar sekiranya pemainnya dapat meredakan tekanan yang dihadapi mereka dengan menggugat tuan rumah menerusi serangan balas. 

"Ajax berada di peringkat suku akhir, mereka membuat hantaran yang baik di ruang yang sempit dan meletakkan ramai pemain untuk menyerang," katanya kepada Sky Sport Italia.

"Mereka menekan kami dengan keras dan mencipta ruang tetapi kami tidak menggugat mereka dengan serangan seperti yang kami sepatutnya.

"Saya tidak fikir kami terganggu dengan jaringan awal, namun kami dibolosi selepas rehat dan ia menyuntik keyakinan Ajax sementara kami pula dalam keadaan agak terkejut.

"Saya menurunkan lebih ramai pemain yang memiliki kemahiran teknikal (Paulo Dybala dan Douglas Costa) kerana sudah tiba masanya untuk mematahkan asakan mereka dengan ketepatan dan teknik sentuhan."

Daniele Rugani kemudiannya menggantikan Giorgio Chiellini yang tercedera untuk mengukuhkan pertahanan Juve di samping Leonardo Bonucci, justeru Allegri gembira dengan sumbangannya.

"Saya yakin Rugani akan melakukannya dengan baik kerana dia merupakan salah seorang pertahanan terbaik di Itali," jelasnya. 

"Dia beraksi luar biasa ketika bertahan tetapi hanya perlu memperbaiki sedikit sentuhannya ketika kami membina gerakan dari belakang."


 

Advertisement

Must Watch Video