Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Separuh masa Piala AFC: Terengganu ketinggalan 1-2 di laman Stallion Laguna

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terengganu-afc.jpg
Terengganu berisiko menghadapi kekalahan pertama dalam saingan Piala AFC musim ini apabila ketinggalan 1-2 kepada Stallion Laguna selepas separuh masa perlawanan keempat Kumpulan G di Stadium Binan sebentar tadi.

Skuad Peteh itu dibolosi Junior Ngong Sam seawal minit ketiga sebelum Griffin McDaniel menggandakan kelebihan tuan rumah pada minit ke-14.

Bagaimanapun, wakil negara itu merapatkan jurang selepas setengah jam aksi apabila Matthew Nierras terjaring bola ke gawang sendiri.
 

Advertisement

Must Watch Video