Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Separuh masa pertama: Sabah peroleh bekalan dua jaringan menuju bilik persalinan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sabah-fc.jpg
Sabah FC memperoleh kelebiha dua jaringan menuju ke bilik persalinan dalam aksi Piala AFC berdepan Hougang United di Stadium Jalan Besar.

Sabah melancarkan corak permainan serangan sejak permulaan saingan, cuba menguji taktikal demi taktikal bagi mencari ruang menembusi benteng akhir Hougang.

Jaringan pembukaan berjaya terhasil apabila Naoki Kuriyama menampan masuk ke gawang sendiri hantaran silang Daniel Ting pada minit ke-16.

Cuaca hujan lebat serta bunyi petir, kilat sabung-menyabung menyaksikan pegawai perlawanan mengambil keputusan untuk menghentikan seketika sebelum ia disambung 30 minit kemudian. 

Ternyata hujan yang membasahi Stadium Jalan Besar menjejaskan permukaan padang sekaligus mengagalkan gerakan permainan Sabah ketika melancarkan serangan.

Di sebalik situasi tersebut, Sabah berjaya menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Darren Lok pada minit ke-44 sekaligus menuju ke bilik persalinan dengan kelebihan dua jaringan.

Advertisement

Must Watch Video