Malaysia gagal menghasilkan sebarang jaringan dalam perlawanan yang menyebelahi pasukan negara ketika berdepan Chinese Taipei dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 sebentar tadi.

Peratusan penguasaan permainan ternyata memihak Malaysia sejak permulaan permainan, dengan deretan percubaan yang dilancarkan gagal disempurnakan.

Gerakan terbaik Malaysia terhasil menerusi rembatan Stuart Wilkin yang berjaya ditepis keluar penjaga gol, Pan Wen-Chieh.

Sementara gandingan Arif Aiman Md Hanapi-Faisal Halim sekali lagi menghantui benteng pertahanan lawan, namun bola tetap gagal melepasi gawang tuan rumah.

Sorotan: