Terengganu 2 KDN 0

Terengganu memimpin perlawanan dengan kelebihan dua gol menjelang separuh masa pertama Liga Super menentang Kelantan Darul Naim (KDN), di Stadium Sultan Zainal Abidin ketika ini.

Penyerang sensasi, Ismahil Akinade, bijak menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-35 selepas pengadil perlawanan mengesahkan kelebihan tersebut melalui video bantuan pengadil (VAR).

Sejurus sebelum tamat separuh masa pertama, pemain tengah, Nurillo Tukhtasinov, memastikan skuad Peteh itu berkelebihan dua gol sebelum menuju ke bilik persalinan.