Terengganu bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat Perak 1-1 menjelang separuh masa aksi Liga Super di Stadium Mini Manjung ketika ini.
Gol sepakan penalti Luka Milunovic pada awal permainan meletakkan Perak di depan mendahului Terengganu apabila tindakan Safwan Mazlan menjatuhkan Clayton da Silva mengundang padah.
Pengadil, Razlan Joffri Ali, memberikan penalti buat Perak selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) dan kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya Milunovic untuk menewaskan penjaga gol, Suhaimi Husin.
Bagaimanapun, ketika The Bos Gaurus kelihatan akan membawa kelebihan itu ke bilik persalinan, Nelson Bonilla mengikat kedudukan buat pelawat dengan menolak masuk bola lintangan Manuel Ott, yang memanfaatkan kesilapan pertahanan Perak.
Muzaffar Musa
Sat Oct 26 2024