Skip to main content

Bola Sepak

Separuh masa Liga Super: Penang, Terengganu terikat tanpa jaringan

terengganu.jpg
Separuh masa pertama menyaksikan kedudukan seimbang di antara pasukan tuan rumah, Penang, dan naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu. 

Skuad Harimau Kumbang bermula garang apabila mendapat peluang keemasa pada minit ke-16 menerusi tandukan daripada pemain import, Rodrigo Dias, tetapi berjaya dinafikan oleh pertahanan berpengalaman, Aliff Zakaria.

Anak buah kendalian Tomislav Steinbruckner mengatur serangan bertali arus ke arah gawang pasukan Penang namun, asakan itu mudah dipatahkan oleh penjaga gol kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel bin Sikh Azman. 

Pemain sayap skuad Sang Penyu, Safawi Rasid, mempunyai kelebihan untuk meletakkan pasukannya di depan tetapi Sikh Izhan sekali lagi bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan percumanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video