Skuad kendalian Yusri Che Lah mengatur pelbagai serangan tanpa henti untuk mencari gol pembukaan, namun ketumpulan jentera hadapan tidak mendatangkan sebarang kejutan sebelum menuju bilik persalinan.
Keputusan Separuh Masa Pertama – LS10#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/tZ3YrBQZ0J
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 14, 2024
Kredit harus diberikan kepada penjaga gol Sang Rusa, Aqil Abdul Razak, yang banyak menyelamatkan percubaan selain mematahkan asakan skuad The Bos Gaurus untuk memastikan tiada jaringan berjaya dibolosi.
Negeri Sembilan turut melancarkan serangan balas yang diketuai oleh Mika Junco sambil dibantu oleh Hein Htet Aung tetapi berhasil dikawal oleh barisan pertahanan Perak.