Johor Darul Ta'zim (JDT) mempamerkan corak positif dalam usaha menumbangkan juara Liga Korea Selatan (K-League), Ulsan Hyundai, apabila mendahului 1-0 selepas separuh masa aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.
Heberty Fernandes memastikan pasukan Harimau Selatan itu berada di depan menerusi jaringannya pada penghujung separuh masa pertama.
JDT melancarkan serangan bertali arus ke gawang lawan sejak dari awal permainan tetapi jaringan yang dicari-cari hanya tiba pada minit ke-44, di mana Heberty melepaskan rembatan jarak jauh dari luar kotak penalti yang sempat terkena tiang kanan gawang Ulsan sebelum menerjah jaring.