Skip to main content

Bola Sepak

Separuh Akhir Piala Malaysia 2023 : Info Siaran Langsung (LIVE) KL City FC vs Terengganu FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

matchday.jpg
Satu lagi pertembungan menarik bakal disajikan apabila skuad ibu kota akan melayan kunjungan sang penyu di pentas perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras malam ini.
 
Perlawanan yang akan berlangsung pada 21 Oktober 2023 jam 9:00 malam ini akan turut disiarkan di saluran Astro Arena Bola 803 dan Astro Go.
 
KL City FC layak ke peringkat separuh akhir selepas menyingkirkan pasukan Sri Pahang FC dengan agregat 2-1, manakala Terengganu FC menamatkan saingan Selangor FC dengan jumlah agregat 3-1. Untuk rekod, pertemuan kali terakhir adalah pada 7 Julai 2023 dalam saingan Liga Super Malaysia yang menyaksikan kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 3-3.

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video