Cristiano Ronaldo telah didenda €18.8 juta (RM89j) dan dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atas masalah culas cukai selepas Perbendaharaan Sepanyol meluluskan perjanjian yang dicapai bersama pihak pendakwa raya.
Bekas bintang Real Madrid itu disabitkan hukuman bulan lalu selepas mengaku bersalah terhadap pelanggaran empat undang-undang cukai di Sepanyol di antara tahun 2011 dan 2014.
Ronaldo didapati melanggar undang-undang tersebut yang berkaitan dengan hak imejnya.
Kesepakatan akhir itu -- berlaku semalam selepas menerima kelulusan daripada pihak Perbendaharaan Sepanyol, Hacienda -- dicapai selepas Ronaldo akur dikenakan cukai sebanyak €5.7j (RM27j) manakala baki sebanyak €13.1j (RM62j) pula adalah berkaitan dengan yuran guaman dan denda yang dikenakan.
Pemain berusia 33 tahun itu yang menandatangani kontrak selama empat tahun dengan juara Serie A, Juventus, awal bulan ini menafikan tuduhan itu ketika dia muncul di mahkamah Madrid pada Julai tahun lalu.
Begitupun, kelulusan Hacienda itu mengakhiri masalah yang sudah berlarutan sekian lama itu.