WATFORD 0 LIVERPOOL 1
Jurgen Klopp tidak percaya Emre Can mampu meledak gol yang lebih baik berbanding jaringan akrobatiknya ketika membantu Liverpool membenam Watford 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Vicarage Road, awal pagi tadi.
Pemain antarabangsa Jerman itu melonjak untuk menyambut hantaran Lucas Leiva pada separuh masa pertama sebelum menyempurnakannya dengan gaya sepakan gunting untuk menghantar bola ke arah kiri gawang.
Adam Lallana, yang baru pulih daripada kecederaan selepas lima minggu terpinggir, kemudian dimasukkan bagi menggantikan Philippe Coutinho, menyaksikan percubaannya mengenai palang gol ketika kedudukan perlawanan masih lagi buntu, sebelum tiang gol pula menyelamatkan pintu gol The Reds pada masa kecederaan susulan rembatan Sebastian Prodl.
Gol pemisah Can itu sudah cukup buat Liverpool menjarakkan diri dengan Manchester City, Manchester United dan Arsenal dalam pemburuan menduduki kelompok empat pasukan teratas.
Bercakap kepada Sky Sports mengenai jaringan Can itu, Klopp berkata: "Saya mahu mengatakan saya sudah biasa melihatnya, tetapi ia tidak benar, apatah lagi ia hadir daripada Emre!
"Dalam bola sepak, anda perlukan tuah seperti ini.
"Voli yang dilakukan Adam Lallana mengenai palang gol dan rembatan Prodl pada penghujung perlawanan pula terkena tiang.
"Kami memerlukan sedikit tuah, kami berusaha keras untuknya.
"Dia beraksi cemerlang sejak beberapa minggu lalu selepas pulih daripada kecederaan betis. Sungguhpun dia beraksi lebih baik malam ini, saya tidak berasakan dia mampu menjaringkan gol lebih menarik berbanding yang ini!"
Kemenangan Liverpool itu bermakna mereka kini mendahului United -- mempunyai kelebihan baki satu perlawanan -- dengan empat mata ketika saingan berbaki empat perlawanan.
Namun, Klopp enggan mengendurkan perjuangan pasukannya ketika bakal berdepan Southampton di Anfield, hujung minggu nanti.
"Kami mempunyai tempoh sehingga enam hari untuk membuat persiapan menghadapi Southampton. Sesiapa yang pernah menyaksikan aksi Southampton tahu mereka sebuah pasukan yang sukar," tambahnya.
"Kami perlu bersiap sedia lagi. Ia bukan mengenai apa yang anda boleh kalah lagi tapi apa yang anda boleh menang."