Skip to main content

Bola Sepak

Sentuhan pemusnah Lee Tuck julang Kedah Darul Aman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-tuck.jpg
KEDAH 2 SABAH 1

Lee Tuck muncul wira Kedah Darul Aman FC menjamin mata penuh di Alor Setar dengan meledak dua gol ketika melayani kunjungan Sabah FC, sebentar tadi. 


Kepulangan pemain tengah, Baddrol Bakhtiar, yang cukup sinonim dengan pasukan Hijau Kuning -- yang menerima sambutan gemuruh sebelum wisel permulaan -- menjadi arkitek Sang Badak untuk menghukum gawang Kedah pada minit ke-8. 

Tandukan itu merupakan jaringan kedua Gabriel Peres dalam musim sulungnya bersama pasukan untuk perlawanan makin tegang dengan beberapa siri terjahan, namun tuan rumah yang dilihat lebih banyak mencipta peluang.

Bagaimana, lelebihan awal Sabah itu juga perlu dibayar dengan harga mahal apabila penyerang import, Jailton Paraiba, terpaksa dikejarkan ke hospital. 

Insiden yang berlaku pada minit ke-28 itu menyaksikan Jailton melambung selepas tindakannya meluru ke arah pertahanan Kedah, Bojan Ciger, berakhir dengan pendaratan di bahagian kepala terlebih dahulu.

Kedah yang mengekalkan momentum akhirnya berhasil menyamakan kedudukan pada minit ke-40 menerusi Lee Tuck. 




Ia melonjakkan lagi semangat anak buah Nafuzi Zain itu apabila pemain tengah naturalisasi tersebut sempat beroleh satu lagi kesempatan yang dinafikan Ifwat Akmal Che Kassim ketika menuju ke bilik persalinan.

Kedah terus mengasak gawang Sabah dan hampir menyaksikan kecederaan berlaku ke atas pemain Sabah yang terlanggar tiang gol, tetapi itu bukan satu-satunya kekalutan yang berlaku di kubu barisan bimbingan Datuk Ong Kim Swee berkenaan. 

Dan gol yang dicari akhirnya berkunjung tiba hasil kelicikan Manuel Hidalgo yang memperdayakan Gabriel Peres pada minit ke-72 untuk Lee Tuck sekali lagi muncul pemusnah dengan merekodkan gol ketiganya musim ini.

Sementara itu, Kelantan United mengecapi kemenangan pertama musim ini apabila menjinakkan seteru Kota Bharu, Kelantan FC.

Gol Devid Silba dan OJ Porteira meletakkan Kijang Emas yang bertindak sebagai tuan rumah 2-0 di hadapan sebelum permainan yang tertangguh pada minit ke-37 akibat hujan lebat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV itu bersambung. 

Gol sepakan penalti daripada pemain import dari Nigeria, Ismael Akinade, untuk merapatkan jurang 1-2 pada masa kecederaan separuh masa pertama sekadar menyemarakkan lagi semangat juang anak buah Nazrulerwan Makmur untuk menokok dua jaringan lagi menerusi Syazwan Zainon dan Porteria untuk kedudukan 4-1.
   

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video