Skip to main content

Bola Sepak

Sentuhan Kane kembali, Tottenham atasi Brighton

harry-kane-cropped_1nmvr65prbx1m1em48iyairjhm.jpg
BRIGHTON AND HOVE ALBION 1 TOTTENHAM HOTSPUR 2

Harry Kane meraih gol yang diperlukan tatkala Tottenham Hotspur menamatkan rentetan tiga kekalahan selepas menewaskan Brighton and Hove Albion 3-1, awal pagi tadi.


Kesilapan Glenn Murray membiarkan bola sepakan percuma Kieran Trippier mengenai tangannya membolehkan Kane menyempurnakan sepakan penalti sebelum Erik Lamela mengesahkan kemenangan buat Spurs setelah skuad kendalian Mauricio Pochettino itu menggigit jari ekoran kekalahan di tangan Inter Milan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, pertengahan minggu lalu.

Pochettino menuntut anak-anak buahnya mempamerkan kebangkitan dan walaupun Anthony Knockaert merapatkan jurang gol, ternyata pengendali dari Argentina itu gembira melihat persembahan pasukannya di depan penyokong lawan di Stadium Amex.

Walaupun jauh daripada mempamerkan aksi terbaik, pelawat melumpuhkan tekanan yang diberikan Brighton dalam babak kedua untuk menamatkan episod kekalahan yang dialami Pochettino berbekalkan sepakan penalti daripada Kane dan gol kemenangan hasil sumbangan Lamela pada minit ke-76.

 

Advertisement

Must Watch Video