Skip to main content

Bola Sepak

Semut Merah dituntut kekalkan disiplin taktikal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rajagobal.jpg
Jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, menganggap tiada apa-apa rahsia daripadanya walaupun pintu gol pasukannya masih kebal susulan mengikat Kedah seri tanpa jaringan di tempat lawan, malam tadi. 

Skuad PKNS memaksa Kedah untuk berkongsi satu mata dalam pertemuan Liga Super di Stadium Darul Aman itu.

Menariknya, Semut Merah memastikan gawang mereka tidak dibolosi buat kali ketiga berturut-turut selepas aksi dengan Selangor dan PKNP FC. 

Pujian wajar diberikan kepada barisan pertahanan yang diketuai Rodney Celvin di samping penjaga gol, Zarif Irfan Hashimudin, yang tangkas menyelamatkan beberapa percubaan bahaya lawan.

"Saya tiada apa-apa rahsia, cuma barisan pemain saya bekerja keras.

"Pemain tahu inilah pendekatan pasukan lawan dan kalau kami kekal berdisiplin dengan tidak memberi ruang kepada pihak lawan, kami mungkin berpeluang untuk teruskan kekebalan benteng," kata Rajagobal.

Menurut Zarif pula: "Kami tidak tertekan dan kami hadir di sini untuk memburu setidak-tidaknya satu mata dan kalau boleh mahu memenangi tiga mata tetapi tidak berhasil."

Kejayaan PKNS itu juga tampak hadir daripada aksi 'nakal' penyerangnya. Faizat Ghazli.

Faizat dilihat berjaya mengalihkan tumpuan pemain Kedah dengan provokasi yang dilakukannya sehingga menyebabkan pertahanan lawan, Renan Alves, dilayangkan kad merah.

"Anda lihat perlawanan tadi? Itulah bola sepak. 

"Saya tidak boleh mengulas mengenai aspek peribadi kerana ia bukan langkah yang bagus, sebaliknya perlu bercakap mengenai perlawanan sahaja.

"Saya tidak akan mengulas mengenai kad merah (ke atas Alves) atau individu yang cuba mengganggu tumpuan pemain saya.

"Itu bukanlah cara yang tepat untuk menanganinya selain perlu menghormati lawan," kata jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak.

 

Advertisement

Must Watch Video