PERAK 2 PKNS 2
Perak gagal menggunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila seri 2-2 dengan PKNS FC di Stadium Perak, sebentar tadi.
Ini adalah keputusan seri kelima buat skuad bimbingan Mehmet Durakovic itu, sekali gus mereka layak digelar "pakar seri".
Seperti dijangka, tuan rumah menghadapi kesukaran untuk mengatasi skuad Semut Merah yang ternyata 'liat'.
Malah, pelawat terlebih dahulu membuka jaringan apabils Gabriel Guerra menewaskan Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy selepas mendapat lorongan daripada dari Kpah Sherman pada minit ke-22.
Gol itu membangkitkan Perak daripada lena yang menyaksikan pintu gol PKNS FC dihujani serangan bertubi-tubi.
Kesungguhan The Bos Gaurus berhasil apabila Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi menyamakan kedudukan hasil gerakan 1-2 dengan Wander Luiz pada minit ke-39.
Wander sendiri berpeluang menyumbang gol sejurus sebelum rehat tetapi rembatannya tersasar.
Perak meneruskan asakan dalam baki babak berkenaan dan Gilmar yang sebelum ini dikecam hebat gara-gara sumbangan hambar, meletakkan Perak 2-1 di hadapan apabila menanduk masuk sepakan sudut Wander pada minit ke-52.
Namun, kedudukan itu hanya bertahan empat minit apabila Romel Morales Ramirez menyamakan kedudukan buat PKNS hasil hantaran silang Sherman (m-56).
Dalam satu lagi perlawanan malam ini, Ze Eduardo menyelamatkan maruah Pahang untuk mengikat PJ City FC 1-1 di Stadium Darulmakmur.
Pahang dikejutkan jaringan menarik oleh Safee Sali yang menewaskan Helmi Eliza Elias untuk gol pembukaan pada minit ke-33.
Bagaimanapun, Tok Gajah mengatur serangan lebih agresif sesudah itu dan percaturan itu berhasil apabila sepakan percuma Ze Eduardo pada minit ke-50 terus menerjah jaring.
Sekalipun rancak memburu jaringan kemenangan selain penampilan Dickson Nwakaeme yang sudah pulih daripada kecederaan, namun hasrat Pahang untuk memungut mata penuh untuk menyamai 20 mata milik pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT), tidak kesampaian.
Keputusan lain:
Liga Perdana:
UiTM 0 TFC II 1