Skip to main content

Bola Sepak

Semua peminat di England memihak Liverpool -- Guardiola

sterling.jpg
MAN CITY 5 NEWCASTLE 0

Pep Guardiola percaya Liverpool diangkat selaku pilihan untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi dia tahu ia bukan satu masalah asalkan Manchester City terus menang menerusi sokongan peminat sendiri. 

City mengharungi minggu yang sukar yang menyaksikan harapan mereka dalam kempen Liga Juara-Juara (UCL) lebur musim ini tetapi mereka kembali ke tangga pertama pada awal pagi tadi. 

Kemenangan 5-0 di tempat sendiri ketika membenam menentang Newcastle United memastikan tiga mata yang mungkin paling penting buat City selain empat gol di hadapan Liverpool yang diikat seri dengan Tottenham. 

Bagaimanapun, dalam temu bual selepas perlawanan dengan beIN SPORTS –- di mana beliau turut menyerlahkan kekurangan pencapaian Liverpool dalam kancah EPL -– Guardiola percaya kejayaan City tidak akan sepopular The Reds di England.




Ditanya mengenai rombakan yang dibuat kelak, pengurus City itu dengan pantas menyatakan pasukannya sudah pun dalam kawalan. 

“Seminggu lalu, kami berada satu mata di hadapan,” katanya. 

“Tetapi semua orang di negara ini menyokong Liverpool, media, semua orang, kerana Liverpool mempunyai sejarah yang luar biasa dalam pertandingan Eropah.

“Bagaimanapun dalam EPL, mereka hanya menang sekali dalam tempoh 30 tahun.

"Tetapi ia sama sekali tidak menjadi masalah. Inilah hakikatnya. Kami perlu menjuarainya dengan sembilan mata atau sekarang mungkin enam -- bergantung kepada apa yang akan berlaku dalam dua perlawanan akan datang daripada segi perbezaan gol.

"Menghadapi Wolves ibarat perlawanan akhir untuk kami. Kami akan cuba bertandang ke sana untuk menang. Nasib kami terletak di tangan sendiri dan itu yang penting. Kami perlu melihat diri sendiri. Dengan kelebihan satu mata atau tiga mata, ia tidak membawa sebarang makna."

Advertisement

Must Watch Video