Skip to main content

Bola Sepak

Semangat pastikan City mara ke final -- Sterling

sterlingpep.jpg
MAN CITY 1 BRIGHTON 0

Raheem Sterling memuji semangat Manchester City selepas mereka mara ke final Piala FA di sebalik persembahan kurang memberangsangkan ketika mengatasi Brighton and Hove Albion, awal pagi tadi.


City meraih kemenangan 1-0 dalam aksi separuh akhir di Wembley menerusi tandukan Gabriel Jesus tetapi mereka gagal mempamerkan persembahan cemerlang hampir sepanjang permainan.

Sterling mengakui Brighton menyukarkan penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu -- yang masih di landasan untuk merangkul empat gelaran -- dan gembira di atas kemenangan berkenaan.

"Brighton bermain dengan cemerlang. Mereka menghadirkan masalah kepada City menerusi situasi bola mati dan cuba bersaing sepanjang permainan," kata Sterling.

"Ia membuktikan semangat yang kami pegang bagi memastikan kemenangan diraih dalam perlawanan ini."

Cabaran City seterusnya ialah dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Tottenham dalam perlawanan suku akhir pertama Selasa ini dan Sterling mahu memberikan tumpuan penuh untuk pertembungan tersebut.

"Ia adalah tumpuan seterusnya buat City. Ia adalah perlawanan yang penting bagi kami buat masa ini."

Advertisement

Must Watch Video