Nama bekas penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Daniel Guiza kembali menjadi bualan peminat bola sepak.
Ini kerana penyerang berusia 44 tahun itu memilih tidak menjaringkan gol selepas menyedari penjaga gol lawan mengalami kecederaan.
Guiza turut memberi isyarat kepada pengadil tentang kecederaan yang dialami pemain lawan. Sebaik menyedari situasi itu, pengadil menghentikan perlawanan seketika bagi membolehkan penjaga gol tersebut menerima rawatan.
Tindakan Guiza mendapat tepukan gemuruh daripada penyokong yang menghadiri aksi kelabnya, Juventud Sanluquena dan CD Canela baru-baru ini.
Selain Fenerbahce dan JDT, Guiza pernah beraksi untuk Real Mallorca, Xerez, Cerro Porteno, Getafe dan Cadiz.
Semasa bersama JDT, beliau menyumbat enam gol dalam 10 perlawanan pada 2013. Guiza juga pernah menjulang EURO 2008 bersama Sepanyol.-MB

? "Güiza, con todo a favor para marcar, detuvo la jugada al percatarse de que el portero rival estaba lesionado. Un gesto que demuestra que el fair play está por encima del resultado"
— LaLiga Hypermotion +Fútbol (@MasFutbolMARCA) May 19, 2025
? En 2008 fue Pichichi y ganó la EURO con España; ahora milita en @juvesanluquena
? @RFAF pic.twitter.com/DnhFwEfSVH