"Cari jalan penyelesaian yang lain," demikian saranan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, kepada pasukan Kelantan yang ingin menggunakan saluran undang-undang bagi mempertikaian kes pemotongan mata dalam saingan Liga Super.
Sebelum ini, Kelantan merupakan antara empat pasukan yang dikenakan hukuman pemotongan mata selepas gagal melangsaikan tunggakan gaji dalam tempoh yang ditetapkan Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).
Selain itu, pasukan yang berkaitan juga tidak dibenarkan mendaftarkan pemain import baharu pada jendela perpindahan kedua yang bermula pertengahan bulan ini.
Perkara ini bagaimanapun tidak disambut baik Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dengan penasihatnya, Tan Sri Annuar Musa mencabar untuk mengheret isu tersebut ke mahkamah.
Menurut Khairy, beliau menyambut baik langkah pemotongan mata ini sebagai iktibar kepada pasukan yang ingkar terhadap peraturan yang telah ditetapkan.
"Saya harap mereka dapat menyelesaikan perkara ini menerusi proses dalaman sebab saya melihat pemotongan mata ini adalah satu usaha untuk memastikan segala bentuk pengurusan di peringkat negeri dan kelab berjalan dengan lancar.
"Mungkin satu idea yang radikal tetapi saya melihat kita harus memberi sokongan dahulu kepada pendekatan ini," jelas Khairy.