Skip to main content

Bola Sepak

Selepas Thailand, giliran Vietnam bantai Indonesia 7-0

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

indoesia.jpg
Skuad bola sepak wanita Indonesia masih belum menggapai kemenangan sejak Julai 2025 dan terus dilanda kekalahan berterusan. 

Ketika Kelayakan Piala Asia 2026 lalu, skuad kendalian Satoru Mochizuki itu tewas mengejut kepada Pakistan dan kecundang terhadap Chinese Taipei di tempat sendiri. 

Bukan satu kebangkitan yang diinginkan apabila Garuda Pertiwi sekali lagi menanggung kekecewaan selepas dikalahkan Thailand 0-7 dalam Piala MSIG Serenity ASEAN. 

Angka sama turut berulang dengan Vietnam menjadi pasukan terbaharu berjaya menundukkan Indonesia dengan 7-0 dalam kejohanan Asia Tenggara itu.

 

Ini sekali gus, menyaksikan Indonesia tersingkir daripada pertandingan itu meskipun berbaki satu perlawanan lagi.

Peluang untuk menebus kehampaan menerusi aksi bertemu Kemboja bakal menjadi medan penting buat Indonesia untuk menamatkan cabaran di tempat ketiga Kumpulan A.

Setakat kemas kini Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Indonesia menduduki tempat ke-106 dunia dengan penurunan 11 anak tangga. 

Advertisement

Must Watch Video