Skip to main content

Bola Sepak

Selepas 15 tahun, Alejandro Garnacho pemain kedua Manchester United terima Puskas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alejandrogarnacho.jpg
Jaringan akrobatik Alejandro Garnacho sewaktu menentang Everton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris musim lalu, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Sepakan gunting tersebut berjaya menerjah jaring penjaga gol, Jordan Pickford, sekali gus membantu Manchester United meraih kemenangan berdepan kelab itu.

 

Sebagai rekod, pemain kebangsaan Argentina itu merupakan pemain kedua daripada The Red Devils yang merangkul trofi berprestij tahunan itu.

 

Pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali, Cristiano Ronaldo, merupakan individu terakhir memenangi gelaran tersebut buat The Red Devils selepas 15 tahun.
 

Advertisement

Must Watch Video