Pendatang baru Liga Perdana, Selangor United, sedia bertindak selaku pasukan sokongan kepada Selangor tetapi dalam modul berbeza berbanding yang diterapkan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu.
Selangor United hanya mahu menjadi saluran kepada produk Piala Presiden atau Piala Belia Selangor, bukannya menjadi pentas kepada pemain skuad senior Selangor.
Justeru, situasi mereka berbeza dengan JDT atau Terengganu kerana Selangor United bernaung di bawah Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS).
Bagaimanapun, mereka sedang mengkaji dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) adakah peranan selaku kelab sokongan akan menghalang kelayakan mereka dalam Piala Malaysia atau Liga Super.
"Kami menyasarkan Selangor United akan menjadi kelab sokongan kepada pasukan Piala Belia Selangor tetapi bukan untuk FAS.
"Pentas ini akan memberi peluang kepada bekas pemain Piala Presiden misalnya demi kesinambungan kerjaya mereka," kata Presiden PBMS, Mohd. Firdaus Mohamed.
Mengenai persiapan sempena kempen Liga Perdana 2019, Selangor United akan mengekalkan khidmat jurulatih, Abdul Talib Sulaiman, selain mendapatkan sekurang-kurangnya dua pemain import.
Bagi mengekalkan sejumlah besar peminat mereka di daerah Sabak Bernam, mereka juga kekal dengan hasrat beraksi di Stadium Sungai Besar, musim depan.
"Kami masih berbincang dengan MFL untuk memastikan kriteria-kriteria (stadium) yang harus dipenuhi Majlis Daerah Sabak Bernam.
"Kalau kriteria itu boleh dipenuhi, tidak mustahil kami akan menggunakan Stadium Sungai Besar sebagai gelanggang rasmi Selangor United.
"Kalau sebaliknya, maka kami akan menggunakan stadium di Lembah Klang," katanya.